Kejadian Siang & Malam
13:03
KEJADIAN SIANG DAN MALAM
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan
bumi dalam enam masa,lalu Dia bersemayam di atas arsy, Dia menutupkan malam
pada siang yang mengikutinya dengan cepat..."(Al-a'raf: 54)
Ini ialah ayat yang
mengisahkan tentang proses penutupan malam pada siang dan siang pada malam
merupakan sebuah simbolik yang indah. Hal tersebut mengandungi kisah proses
putaran bumi pada paksinya dihadapan matahari. Ini adalah kerana apabila bumi
tidak berputar pada paksinya dihadapan matahari, maka tidak akan ada proses
penggantian siang dan malam sebagaimana yang terjadi dalam kehidupan kita
sampai waktu ini.
Dan Kami
jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan
Kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan
supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu
telah Kami terangkan dengan jelas. (Al-Israa' - Ayat 12)
Setelah pelbagai usaha dilakukan dengan menggunakan satelit
dan komputer dua tahun yang lalu para saintis berjaya mendapatkan gambar yang
menunjukkan kawasan antara siang dan malam di bumi. Perhatikan gambar di bawah
yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.
Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai
ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini
telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu. Allah Taala berfirman
tentang garis pemisah ini:
(وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ
الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر) [البقرة: 187].
Sebahagian dari ayat-ayat Al-Quran lain tentang kejadian siang dan malam dan
hikmahnya adalah seperti berikut:
Tidakkah kamu
memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan
memasukkan siang ke dalam malam dan Dia tundukkan matahari dan bulan
masing-masing berjalan sampai kepada waktu yang ditentukan, dan sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. : Surah Luqman - 29
Engkau masukkan malam ke
dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang
hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup[1]. Dan
Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas). :Surah Ali'Imran
- 27
Dia
memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan
menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang
ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, kepunyaan-Nyalah
kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai
apa-apa walaupun setipis kulit ari. :Surah Faathir - 13
Sesungguhnya
pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di
langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi
orang- orang yang bertakwa. :Surah Yunus - 6.
Proses Kejadian
Siang Dan Malam
1.Semua kejadian
mengikut sunnatullah.
2.Tiada siapa boleh mengubah peraturan Allah
3.Malam dan siang disebabkan penomena bumi
3.Malam dan siang disebabkan penomena bumi
4.Bumi mengambil 24jam sekali putaran.
5.Kawasan yg disinari matahari jadi siang
6.Kawasan yg tidak dapat cahaya jadi malam
Hikmah Kejadian
Siang Dan Malam
1.Bekerja mencari rezeki
2.Menjalankan aktiviti kemasyarakatan.
3.Berjuang membina tamadun negara Islam
3.Berjuang membina tamadun negara Islam
4.Berehat dari kepenatan bekerja
5.Aktiviti bersama keluarga
6.BerIbadat malam seperti Qiyamullail
(Masyarakat Islam Kerja Keluarga Ibadat Rehat)
Kesimpulan
semua kejadian alam yang terdapat di sekeliling kita adalah untuk kesenangan dan kesejahteraan hidup manusia. Mengamalkan sifat wasatiah (sederhana) akan membawa kejayaan kepada seseorang. Pelajar hendaklah mengamalkannya sebagai dorongan ke arah kecemerlangan dalam bidang akademik. Rahmat yang diperoleh daripada alam cakerawala sangat banyak. Oleh sebab itu, kita hendaklah menjadi hamba yang bersyukur terhadap rahmat tersebut. Umat Islam hendaklah menjelajah ke beberapa tempat di dunia ini untuk melihat kelebihan ciptaan Allah bagi menambahkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Di samping itu, membuat pemerhatian dan berfikir tentang ciptaan Allah dapat menambah dan mengukuhkan keimanan kepada Allah. Allah akan memberi ganjaran pahala yang besar kepada orang yang sentiasa bersyukur kepada-Nya…Insya Allah…Amin

2 comments
Hello
ReplyDeleteTIBE BALAI
Delete